Apa itu Reiki?


Reiki merupakan sebuah energi asas yang di cipta Tuhan. Energi ini wujud dalam semua ciptaan di dunia ini. Apabila Reiki di gunakan dengan betul dan bijak segala-galanya dapat di capai di dunia ini.
Reiki boleh digunakan untuk pelbagai kegunaan seumpama elektrik. Elektrik yang sama boleh digunakan dalam pelbagai bentuk dan pelbagai kegunaan. Sebuah elektrik yang sama berfungsi di television, radio, telefon, kipas, kereta, roket dan beri-ribu lagi kegunaan. Tenaga asal yang mengerakkan semua barang di atas adalah elektrik.

Segelintir Master Reiki mengunakan Reiki untuk merawat penyakit dan gangguan kesihatan sahaja, tetapi Reiki merupakan sebuah universal energi yang pintar. Reiki boleh di gunakan dalam semua aspek hidup manusia.

Dalam rawatan Reiki seorang pelatih Reiki (Reiki therapist) akan menghalakan energi Reiki ke badan pesakit demi merawat gangguan kesihatannya. Kegunaan Reiki dalam aspek hidup lain, akan kita lihat kemudian.

Sepertimana galaksi ini bukan milik sesebuah, agama, kepercayaan, bangsa, kaum, bahasa atau negara. Seumpama itulah Reiki bukan milik sesebuah, agama, kepercayaan, bangsa, kaum, bahasa atau negara.

No comments:

Post a Comment