Badan manusia


Sebelum belajar Reiki dan rawatan anda harus memahami siapa itu manusia. Manusia bukan hanya sekadar badan fizikal seperti yang ramai sangka. Manusia merupakan sebuah gabungan empat jenis badan. Walaupun terdapat beberapa aspek lain tentang manusia, yang memainkan peranan penting adalah empat buah badan yang berikut.

Setiap badan manusia memainkan peranan masing-masing demi menjaga kesihatan dan ketenangan manusia. Walaupun setiap badan memainkan peranan masing-masing seorang manusia hanya akan hidup sihat dan tenang apabila setiap badan dan aspek dalam badan manusia di jaga dan seimbang.

Ke empat-empat badan manusia yang di senaraikan di atas, berfungsi dengan membantu satu sama lain. Tiada satu badan di atas dapat berfungsi dengan normal tanpa bantuan tiga badan yang lain.

Badan fizikal tanpa tiga badan yang lain tidak lagi di gelar manusia, ia akan di gelar mayat. Kalau badan minda tidak stabil orang tersebut akan di gelar kurang siuman. Kalau badan energi tidak stabil manusia jatuh sakit. Kalau badan fizikal tidak sihat tiga badan yang lain tidak dapat berfungsi.

No comments:

Post a Comment