Pengasas Reiki - Dr. Mikao Usui

Dr. Mikao Usui merupakan pengasas latihan Reiki. Beliau lahir di Taniai, Japan, Pada 15 Ogos 1865.
Pada 1920-an beliau telah melatih sebuah latihan rohani Jepun yang di gelar Yama iaitu berpuasa dan meditasi, selama 21 hari, di gunung Kurama, Japan. Latihan Yama memerlukan disiplin diri yang kuat, berpuasa dan latihan yang teratur.

Semasa melatih Yama, beliau menyedari kewujudan “Ki” dan fungsinya. Setelah menyedarinya beliau mula mengunakan “Ki” untuk merawat dan membantu manusia.

Pada pendapat saya seorang manusia tidak dapat mencapai ketinggian ini dalam rohani dengan hanya melatih selama 21 hari. Tetapi beliau mencapai ketinggian ini hanya kerana disiplin hidup, kawalan minda, berpuasa dan latihan teratur yang di amalkan sepanjang masa.

Sepanjang jangka hayat beliau melatih lebih kurang 2000 orang anak murid. Seramai 16 orang dari muridnya mencapai tahap “Shinpiden”, iaitu tahap Master atau tahap ketiga dalam Reiki barat. Beliau meninggal dunia pada 9 Mar 1926.

No comments:

Post a Comment