Pengenalan kepada energi Reiki


Reiki merupakan tenaga pintar
Reiki merupakan sebuah energi (tenaga) pintar. Reiki tidak memerlukan sebarang arahan atau panduan untuk membaiki sesebuah situasi atau merawat sesebuah penyakit. 

Reiki seumpama tenaga elektrik, apabila elektrik masuk ke dalam sesebuah alat, elektrik akan mengubah bentuknya seperti yang di kehendaki oleh barang tersebut. Jika elektrik masuk ke dalam lampu ia akan mengeluarkan cahaya, jika masuk ke dalam radio ia akan mengeluarkan bunyi, jika masuk ke dalam television ia akan memainkan visual. Seumpama itu Reiki akan mengubah bentuk mengikut keperluan orang, situasi atau barang tersebut.

Apabila Reiki memasuki badan seseorang manusia Reiki mampu mengenal pasti segala kekurangan dan keperluan orang tersebut dan memenuhinya. Apabila Reiki masuk ke badan pesakit, Reiki mampu mengenal pasti punca penyakit dan merawatnya.

Apabila tenaga Reiki memasuki sesebuah tempat atau barang, Reiki akan mengenal pasti segala masalah, gangguan, kelemahan dan keperluan barang dan tempat tersebut. Reiki akan bertindak membaik pulih energi barang dan tempat tersebut.

No comments:

Post a Comment