Reiki di Malaysia


Puan Hawayo Hiromi Takata lahir di Hawaii, USA pada 24 Disember 1900. Puan Hawayo Hiromi Takata memainkan peranan penting dalam mengenalkan Reiki di Amerika dan negara-negara barat.
Puan Takata kunjungi Jepun untuk melawat keluarganya. Beliau jatuh sakit semasa berada di Jepun. Beliau di sarankan oleh doktor untuk melakukan pembedahan. Beliau mencari rawatan alternatif untuk merawat penyakitnya tetapi tidak berjaya.

Pada hari pembedahan beliau terdengar sebuah bisikan bahawa, rawatan sebenar yang dapat merawat penyakitnya terdapat di Tokyo. Lalu beliau membatalkan hasrat membedah dan berangkat ke Tokyo, Japan untuk mendapatkan rawatan. Di Tokyo beliau mendapatkan rawatan di Klinik Reiki Dr. Hayashi dan kembali sihat.

Oleh kerana pada masa itu Jepun sedang terlibat dengan peperangan dan orang lelaki di paksa untuk terlibat dalam peperangan; Dr. Hayashi mengajar Reiki kepada Puan Takata, supaya ilmu ini dapat di pelihara di negara asing dan ilmu ini tidak pupus.

Selepas sihat, Puan. Takata, kembali ke Hawaii dan membuka klinik Reiki di situ. Beliau juga mula merawat dan mengajar ilmu ini kepada masyarakat umum selain bangsa Jepun.

Dari barat Reiki tersebar ke seluruh dunia termasuk Malaysia.

No comments:

Post a Comment