Prinsip hidup asas Reiki Usui
Dalam tradisi Reiki Usui, Pengasas Reiki - Mikao Usui mengenalkan beberapa prinsip hidup kepada pengamal Reiki, iaitu:

Bahasa Inggeris
Just for today,
Do not anger
Do not worry and be filled with gratitude
Devote yourself to your work
Be kind to people

Bahasa Melayu
Untuk hari ini saya,
Tidak akan marah
Tidak akan bimbang
Bersyukur atas semua kurnia
Bekerja dengan baik
Berhubung baik pada seluruh makhluk


1. Reiki mudah untuk difahami.
2. Reiki mudah untuk di pelajari.
3. Pelatih dapat membantu diri sendiri, ahli keluarga, sesama manusia bahkan binatang dan tumbuh-tumbuhan.
4. Reiki dapat merawat penyakit manusia dan binatang.
5. Semua jenis penyakit badan, minda dan emosi dapat di rawat dengan Reiki.
6. Reiki dapat meningkatkan mutu hidup.
7. Reiki dapat meningkatkan kekayaan.
8. Reiki dapat mengeratkan hubungan sesama manusia.
9. Reiki dapat membantu pengamal rawatan tradisional seperti acupuncture, acupressure, qigong,  dan sebagainya untuk memberikan kesan yang lebih baik kepada pesakit.
10. Reiki dapat membantu untuk berhubung dengan alam semulajadi
11. Tiada had, kawalan, peraturan dan pantang larang dalam Reiki


Reiki merupakan sebuah energi asas yang di cipta Tuhan. Energi ini wujud dalam semua ciptaan di dunia ini. Apabila Reiki di gunakan dengan betul dan bijak segala-galanya dapat di capai di dunia ini.
Reiki boleh digunakan untuk pelbagai kegunaan seumpama elektrik. Elektrik yang sama boleh digunakan dalam pelbagai bentuk dan pelbagai kegunaan. Sebuah elektrik yang sama berfungsi di television, radio, telefon, kipas, kereta, roket dan beri-ribu lagi kegunaan. Tenaga asal yang mengerakkan semua barang di atas adalah elektrik.

Segelintir Master Reiki mengunakan Reiki untuk merawat penyakit dan gangguan kesihatan sahaja, tetapi Reiki merupakan sebuah universal energi yang pintar. Reiki boleh di gunakan dalam semua aspek hidup manusia.

Dalam rawatan Reiki seorang pelatih Reiki (Reiki therapist) akan menghalakan energi Reiki ke badan pesakit demi merawat gangguan kesihatannya. Kegunaan Reiki dalam aspek hidup lain, akan kita lihat kemudian.

Sepertimana galaksi ini bukan milik sesebuah, agama, kepercayaan, bangsa, kaum, bahasa atau negara. Seumpama itulah Reiki bukan milik sesebuah, agama, kepercayaan, bangsa, kaum, bahasa atau negara.



Perkataan bahasa Jepun “Reiki” berasal dari cantuman dua buah perkataan iaitu. “Rei” dan “Ki”.
Perkataan “Rei” bermaksud “universe”, alam semesta, sejagat atau suci. Perkataan “Ki” bermaksud tenaga, energi, vital dan sebagainya.

Perkataan “Reiki” membawa maksud - Tenaga alam semulajadi, tenaga sejagat, tenaga Suci, tenaga vital dan seumpamanya.


Puan Hawayo Hiromi Takata lahir di Hawaii, USA pada 24 Disember 1900. Puan Hawayo Hiromi Takata memainkan peranan penting dalam mengenalkan Reiki di Amerika dan negara-negara barat.
Puan Takata kunjungi Jepun untuk melawat keluarganya. Beliau jatuh sakit semasa berada di Jepun. Beliau di sarankan oleh doktor untuk melakukan pembedahan. Beliau mencari rawatan alternatif untuk merawat penyakitnya tetapi tidak berjaya.

Pada hari pembedahan beliau terdengar sebuah bisikan bahawa, rawatan sebenar yang dapat merawat penyakitnya terdapat di Tokyo. Lalu beliau membatalkan hasrat membedah dan berangkat ke Tokyo, Japan untuk mendapatkan rawatan. Di Tokyo beliau mendapatkan rawatan di Klinik Reiki Dr. Hayashi dan kembali sihat.

Oleh kerana pada masa itu Jepun sedang terlibat dengan peperangan dan orang lelaki di paksa untuk terlibat dalam peperangan; Dr. Hayashi mengajar Reiki kepada Puan Takata, supaya ilmu ini dapat di pelihara di negara asing dan ilmu ini tidak pupus.

Selepas sihat, Puan. Takata, kembali ke Hawaii dan membuka klinik Reiki di situ. Beliau juga mula merawat dan mengajar ilmu ini kepada masyarakat umum selain bangsa Jepun.

Dari barat Reiki tersebar ke seluruh dunia termasuk Malaysia.


Dr. Chujiro Hayashi merupakan anak murid Dr. Mikao Usui. Beliau lahir pada 15 September 1880 di Tokyo, Japan. Beliau mempelajari Reiki dari Dr. Mikao Usui dan, membuka klinik Reiki di Tokyo, Japan.

Beliau memainkan peranan penting untuk mengubah bentuk Reiki daripada sebuah latihan rohani kepada sebuah kaedah perubatan. Beliau juga mengajar Reiki kepada ramai anak muridnya. Beliau meninggal dunia pada 11 Mei 1940 di Atami, Shizuoka, Japan.

Dr. Mikao Usui merupakan pengasas latihan Reiki. Beliau lahir di Taniai, Japan, Pada 15 Ogos 1865.
Pada 1920-an beliau telah melatih sebuah latihan rohani Jepun yang di gelar Yama iaitu berpuasa dan meditasi, selama 21 hari, di gunung Kurama, Japan. Latihan Yama memerlukan disiplin diri yang kuat, berpuasa dan latihan yang teratur.

Semasa melatih Yama, beliau menyedari kewujudan “Ki” dan fungsinya. Setelah menyedarinya beliau mula mengunakan “Ki” untuk merawat dan membantu manusia.

Pada pendapat saya seorang manusia tidak dapat mencapai ketinggian ini dalam rohani dengan hanya melatih selama 21 hari. Tetapi beliau mencapai ketinggian ini hanya kerana disiplin hidup, kawalan minda, berpuasa dan latihan teratur yang di amalkan sepanjang masa.

Sepanjang jangka hayat beliau melatih lebih kurang 2000 orang anak murid. Seramai 16 orang dari muridnya mencapai tahap “Shinpiden”, iaitu tahap Master atau tahap ketiga dalam Reiki barat. Beliau meninggal dunia pada 9 Mar 1926.